Translate dari English kedalam Bahasa Melayu dengan Google Translate

by Joe on October 22, 2009

Sebelum ini Google hanya sediakan translate bahasa kedalam bahasa Indonesia sahaja. Selepas beberapa tahun dalam peringkat percubaan akhirnya google telah release translator dalam Bahasa Melayu. Ya Bahasa Melayu bukan Indonesia. Apa kelebihannya? Walaupun translator ni bukan 100% perfect tapi kebolehannya diakui boleh menyelesaikan masalah orang seperti aku ni hehe. Al maklumlah aku ni kalau bab-bab bahasa fail la. Sebab tu la tak lepas fly pergi Jerman.

Macam mana nk guna benda alah ni?

Senang jer adik-adik. Bukak page ni http://translate.google.com pastu pilih kat dropdown box tu bahasa mana yang hendak di translate. (Tengok gambar)

translate-bahasa-melayu-ke-inggeris-melayu

Still ada kekurangan lagi sebab Google Translator ni bukannya manusia dia main direct translate jer. Kalau rasa pelik tu pandai-pandai la twist kasi faham.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: