Terima Kasih Infolinks Dan Selamat Tahun Baru

by Joe on December 31, 2009

Banyak benda yang berlaku tahun 2009 termasuk la cara dan teknik aku berblogging. Kalau awal-awal dulu aku pikir blog yang diupdate tiap-tiap ari akan dapat banyak visitor tapi tangapan aku salah, blog yang dibina dengan isi kandungan 5 pages pon bleh lawan yang 100 pages. Backlink-backlink dan backlink itu yang paling penting!!.. Kalau tak der backlink macam mana nak dapat page rank, walaubagaimanapun aku masih belajar lagi untuk membina blog yang berkualiti disukai ramai. Tahun baru ini agak istimewa sebab beberapa jam sebelum tahun baru dapat email dari paypal, earning Infolinks aku dah cukup $100 dah Alhamdulillah. Kalau convert dengan nilai matawang semasa hampir RM350 jugak rasanya. Syukur la tu daripada tak dapat langsung.

Tahun 2009 juga aku belajar teknik yang betul untuk promote link affiliate iaitu dengan iklan berbayar dalam website trafik tinggi. Betul la kata cikgu aku dulu, kalau tak nak kluar duit macam mana nak dapat duit. Boleh jugak kalau tak keluar modal tapi makan masa la sikit untuk dapat apa yang hendak di capai tu. Untuk produk ni aku keluarkan duit sebanyak RM40 dan pulangannya RM200 keuntungan RM160. Cukup dah nak extend hosting setahun lagi kan.

hidup berani untuk gagal

Cuba la dulu iklan kat mana-mana website trafik tinggi contoh, hmetro, Berita Harian, Facebook forum Cari.com.my banyak lagi kompom convert punya. Sebelum beriklan tu kna buat kajian sikit pasal barang yang hendak dijual tu. Contoh target audiens, umur, bangsa dan bahasa, timing yang bagus jugak mempengaruhi jumlah jualan sebab kalau kita promote link affiliate, cookie yang di set dalam pc potential buyer sekejap saja. kalau potential buyer tu berminat nak beli barang tapi waktu itu dah pukul 2.00 pagi, macam mana dia nak terus bayar kan. CIMB online bukak sehingga 12.00 malam jer aku rasa.( Betulkan aku kalau salah) . Kemungkinan potential buyer tu clear cookie ada, jadi pepandai la adjust timing masa beriklan untuk conversion maksimum. Teruskan bereksperimen. Pasal timing tu hanya pendapat aku jer belum dibuktikan kesahihannya lagi.

Kata orang Hidup Berani Untuk Gagal hehe (Hari ini aku rasa dah tutup dah contest anjuran denaihati ni). Seo untuk blog ni duduk pada tahap yang agak teruk, aku pon tak tahu mana silapnya, kurang backlink kot. Kepada sesiapa yang betul-betul ingin generate income dengan online aku nasihatkan bukak e-store pastu jual barang fizikal. Sekarang ni market online semakin terbuka sebab mudah nak buat transaksi bank online. Tahun 2010 ni BSN nak bukak diorang punya online service (Boleh harap ker) makin berkembang la bisnes online ni, rebut la peluang selagi masih baru ni. Aku nak buat memang masa tak mengizinkan lagi sebab kena fokus stadi dulu. Ingat tahun ni nak bukak e-store tapi tak tahu lagi nak jual apa, jual apa pon laku asalkan jujur dengan customer. Jangan la jual barang yang diclaim ori tapi barang tu barang China, kesian kat buyer plak terkial-kial nak carik spare part kalau rosak. Selamat Tahun Baru 2010, kepada yang nak sambut tahun baru tu baca la dulu artikel ni ya. Seperti biasa malam jumaat adalah malam layan movie, jom layan Papadom lakonan si cantik manis Liyana Jasmay.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: