Harga refurbish Macbook di Malaysia

by Joe on December 15, 2009

Target aku selepas ini adalah untuk memiliki sebijik Macbook Pro/White Unibody, insyaallah tercapai tapi tak tahu bila. Macbook memang mahal dari harga laptop-laptop lain sebab dia punya design dengan performance mmg diakui mantap. Tambah-tambah lagi kalau sesiapa yang beli Macbook akan berasa bangga kerana Macbook ni boleh dikatakan barang “rare” kat Malaysia. Price range untuk Macbook setakai ini masih lagi atas RM3K (Cek kat Apple Store) .

Tapi kalau nak dapatkan Macbook pada harga 30% murah dari yang baru boleh dapatkan refurbish Macbook dari Apple authorised dealer macam Machines dekat Lot 10. Refurbish Macbook ni bukan 2nd hand punya tapi dah Macbook yang dah tak dara dah, maksudnya Macbook tu dihantar balik ke bahagian teknikal untuk di check balik. Kalau jual kat kedai-kedai biasa tu 2nd hand tu bukan refurbish.

Bawah ni pricelist untuk refurbish Macbook aku dapat kat Machines. Paling murah Macbook White RM3099 berbanding harga asal RM3599. Banyak jugak beza tu bleh beli Wireless Mighty Mouse lagi. Kalau aku menang kontest Hidup Berani Untuk Gagal memamng aku angkut Macbook dah hehe.

refurbish-macbook-malaysia

{ 6 comments… read them below or add one }

blogresipi December 17, 2009 at 9:09 pm

Minat jugak dengan Macbook ni. Tapi harga berdentum sangat. Kalau banyak duit nak juga beli Macbook Pro 17 inci yang ada grafik kad tu. Banyak sikit games boleh main.

Beli barang Apple rasa puas macam beli jam tangan auto yang mahal. rasa best sentiasa. :)

Joe December 20, 2009 at 3:42 am

kna blog lebih lagi untuk dapatkan macbook.. harga mahal tapi puas hati sampai bila-bila

abrablog December 24, 2009 at 11:21 pm

niat dihati, memang nak angkat gak Mac satu. tapi laptop fujitsu aku masih ok. So, tak leh usha laptop lain lagi. Selagi tak rusak, selagi tu la fujitsu tu aku pakai..

farhan February 21, 2010 at 10:27 am

bro,aku pun nak beli jugak..hehe..dia ada promosi untuk syudent…30% jugak kalau tak silap aku.hehe

Joe February 21, 2010 at 3:21 pm

ha ah kalau yang education price dia ada less.. kalau unibody white RM3599 turun jadik RM3199 , macbook pro 13 RM4499 jadik RM4099.Insyaallah pas cash out adsense aku angkat. dah tak tahan sangat dah ni hahah

rin March 31, 2010 at 4:45 am

eh kat lot 10 ye,kawan aku ada pakai mac ni memang grafik cantik,puas hati..nak beli gak

Leave a Comment

Previous post:

Next post: