Boot Ubuntu Dengan USB/Pendrive

by Joe on December 7, 2009

Aku tengah pikir macam mana nak kasi tinggikan balik SERP web aku ni. Sebab dah lama dah aku tak buat frequent update kesannya SERP dia jatuh menjunam. Termasuk la entri aku untuk Hidup Berani Untuk Gagal yang ambil masa sampai separuh hari untuk diindex oleh Google.

Tinggalkan pasal Hidup Berani Untuk Gagal itu,entri kali ni aku nak share macam mana nak boot Ubuntu atau Linux Distro yang lain dengan mengunakan UNetbootin. UNetbootin digunakan untuk create Bootable Live USB untuk memudahkan installation Linux Distro pada komputer anda. Maksudnya korang boleh run Ubuntu secara live melalui USB sama ada untuk tujuan install ataupun sekadar untuk testing atau troubleshot problem. Sesuai untuk install Ubuntu dalam Netbook sebab netbook tiada built in DVDROM senasib la ngan pc buruk aku ni wayar DVDROM dah putus.
Unetbootin-live-cd

Bagaimana Caranya?
Mula-mula skali download versi terbaru UNetbootin samaada untuk Windows atau Linux. Dalam UNetbootin ada dua pilihan untuk buat Bootable Live USB iaitu mengunakan fungsi built in download ataupun mengunakan file .iso.UNetbootin adalah standalone software jadi tak payah susah-susah nak install dalam windows. Download dan run saja dan saiznya kecil lebih kurang 4.5MB.

Lepas tu pilih direktori .iso file dengan USB drive.
Unetbootin

Klik OK tunggu Unetbootin format dan install fail-fail ubuntu.
Unetbootin-2

Sekarang USB Thumb Drive tu sudah boleh digunakan untuk buat Live USB. Hanya perlu setup untuk boot guna USB saja pada BIOS setting. Restart PC lepas tu tekan “Del” atau mana-mana shortcut untuk masuk BIOS setting untuk Boot guna USB FDD tengok gambar.

Bios-setup
Siap setting tekan save. (F10)

Reboot tekan F12 untuk pergi ke Boot option. Lepas tu dah boleh continue boot dengan USB. Semoga berjaya. Aku rasa ada cara paling mudah lagi ni nak buat.

Bios-setup

Bios-setup

Kepada sesiapa yang ada pakai Netbook dan nak install Ubuntu aku rekemen buat macam ni ataupun just guna wubi installer.“Support Open Source” hehe

{ 2 comments… read them below or add one }

epin July 24, 2010 at 9:35 am

mane nak download bende ni?

Joe July 25, 2010 at 3:33 pm

kat sini bro.. try it http://unetbootin.sourceforge.net/

Leave a Comment

Previous post:

Next post: